Friday 1 June 2012

Keistimewaan Emas

Terdapat banyak keistimewaan mengapa kita perlu menyimpan emas. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:


Emas diiktiraf sebagai benda yang berharga

Sejak berkurun-kurun lamanya manusia memandang emas sebagai suatu objek yg sangat berharga. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu pun medium pertukaran atau matawang pada ketika itu adalah dinar emas. Ada kisah yg menyebut tentang Rasulullah dan sahabat membeli kambing menggunakan dinar emas. Malah terdapat hadith yg berbunyi seperti berikut:


Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Daif.

 

Tidak ada had dan sempadan masa

Semasa perang di Vietnam dahulu, pelarian-pelarian Vietnam telah meninggalkan negara mereka sehelai sepinggang. Harta yang mereka bawa bersama ketika itu adalah emas-emas mereka; kerana mereka tahu dgn emas mereka boleh memulakan hidup baru di negara persinggahan mereka. Jadi sebagai persediaan, kita pun patut simpan sedikit emas di waktu yg kecemasan (nauzubillah harap dijauhkan daripada terjadi lagi di negara kita) kerana bukan sahaja emas laku di mana2 malah ia mudah dibawa jika nak dibandingkan dgn hartanah2 milik kita.

Emas Vietnam

Nilai yang terpelihara

Emas adalah logam yang masih tinggi nilainya pada hari ini kerana emas itu sendiri tidak boleh dicipta melalui proses2 kimia dan sebagainya. Emas hanyalah di lombong dan ianya sukar diperolehi. Walau emas itu telah patah, terpotong, menjadi hablur emas sekalipun, ia tetap bernilai. Ini adalah amat berbeza dengan wang ringgit kita. Kalau duit kita dah diricih halus, tentunya ia tak diterima pakai di mana2 kedai di Malaysia! Begitu juga dgn kesan inflasi. Emas adalah amat kalis inflasi. Jika pada zaman Rasulullah dahulu, harga kambing adalah satu dinar, waktu sekarang juga kita boleh membeli kambing pada harga satu dinar. Ada beberapa ladang kambing yang menawarkan harga tersebut.

Pelaburan risiko rendah jangka panjang

Pelaburan emas adalah dianggap berisiko rendah dan memberi pulangan yang menarik dalam jangka masa panjang. Kenapa ianya berisiko rendah? Kerana ianya sentiasa berharga sepanjang zaman dengan syarat; anda memegang emas fizikal. Jika anda membeli emas melalui buku pelaburan emas, memang harganya lebih murah. Tetapi, anda mempunyai risiko jika harga emas jatuh, anda tidak boleh berbuat apa2 samada memajak emas anda atau menjualnya kerana anda mungkin mengalami kerugian. Sepanjang 20 tahun ini juga menunjukkan walaupun harga emas jika kita lihat dari bulan ke bulan mengalami turun naik, tetapi jika kita lihat dalam tempoh setahun, harga emas selalunya naik 20% daripada harga pada tahun sebelumnya. Jika pun harga emas mengalami penurunan, ia tidak akan mencecah nilai sehingga RM1 segram..harganya adalah stabil dalam lingkungan 700 - 800 pada tahun 2012.

Ok setakat itu sahaja entry saya tentang pelaburan emas. Jika nak diikutkan banyak lagi kelebihannya tapi cukuplah dengan point2 yg diberikan dah terbukti yang emas memang logam yg amat istimewa dan berbaloi untuk kita menyimpannya.


Ikhlas dari kami,


Zakq Innovations

No comments:

Post a Comment