Showing posts with label Simpan duit. Show all posts
Showing posts with label Simpan duit. Show all posts

Friday, 13 July 2012

Cabaran menyimpan wang # 4: Lakukan trip ke bank berhampiran

Bank-bank tempatan seperti Maybank dan CIMB ada menyediakan kemudahan untuk anda mengautomasikan penyimpanan wang anda. Ini dapat dilakukan dengan kaedah "Standing Instruction". Bagi anda yang mempunyai masa banyak, mungkin anda tidak mempunyai masalah untuk pergi ke bank dengan kerap. Tetapi jika masa anda bekerja adalah panjang dan kadangkala perlu bekerja pada hari hujung minggu (seperti saya sekarang), trip ke bank adalah sesuatu yang agak sukar untuk dimasukkan dalam jadual bulanan.

Untuk cabaran ini, anda akan melakukan beberapa benda dalam satu masa di bank, terpulang pada pilihan anda. Tetapi matlamat utama kita untuk cabaran hari ini adalah memindahkan sejumlah wang dari akaun simpanan biasa anda ke akaun simpanan tetap seperti ASB / ASN. Jika anda adalah seorang yang sibuk seperti saya, anda juga boleh mempertimbangkan untuk melakukan "standing instruction" ke akaun-akaun simpanan anda seperti ASB, tabung haji atau pun bank-bank lain. Memang ia akan melibatkan kos tambahan, (jika tak silap saya RM2), tetapi ia adalah amat berbaloi untuk anda dalam memulakan simpanan tetap anda. Simpanan tetap ini kita namakan sebagai "Tabung Kecemasan Saya".

Ikhlas,

Zakq Innovations

Friday, 8 June 2012

Cabaran menyimpan wang # 3: Buat pilihan yang lebih murah

Seringkali kebocoran wang berlaku akibat daripada pilihan yang kita buat. Hidup kita memang kita akan selalu berhadapan dengan pilihan, tapi dari segi kewangan, pilihan yang salah akan menyebabkan aliran wang kita akan mengalir ke tempat yang salah.


Untuk hari ni, cabarannya adalah bergantung kepada pilihan yang kita buat. Andaikan kita mempunyai bajet RM30 pada hari ini, dan itu sahaja jumlah yang akan kita gunakan pada hari ini. Tidak lebih, kurang tak apa. Hari ini anda akan tumpukan perhatian betul-betul atas apa yang anda beli. Tanya diri sendiri "Adakah saya perlukannya?" sebelum anda membuat sebarang pembelian. Jika jawapannya "Tidak", jangan beli. Jika jawapannya "Ya", soalan seterusnya ialah "Adakah saya boleh mendapatkan barang yang sama pada mutu yang berpatutan tapi pada harga yang lebih rendah?". Jika jawapannya "Ya", tukarlah pilihan anda kepada barang yang lebih murah tersebut. Pada akhir hari ini, anda akan menyimpan baki dari bajet anda dalam tabung cabaran anda. Cubalah sebagai permulaan. InsyaAllah lama-lama ia akan jadi tabiat kita untuk sentiasa sedar dengan apa yang kita beli.

Ikhlas,

Zakq Innovations

Tuesday, 5 June 2012

Cabaran menyimpan wang #2: Simpan lebihan wang belanja harian

Cabaran 2: Simpan lebihan wang belanja harian anda
Untuk cabaran kita pada hari esok, kita perlu menyimpan lebihan wang belanja harian kita. Belanja harian kita selalunya terdiri daripada makan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, belanja pasar, tambang bas dan lain-lain. Sekarang anda tentukan perbelanjaan apa yang anda akan lakukan esok dan berapa budget anda sediakan untuk hari esok. Jika katakan pada hari esok kita budget perbelanjaan dari pagi hingga ke malam dalam RM30, anda perlu set dalam diri anda yang anda haruslah berbelanja kurang dari RM30. Lebihan dari wang tersebut kita akan simpan dalam tabung cabaran kita.

Ikhlas,

Zakq Innovations

Monday, 4 June 2012

Cabaran menyimpan wang - inspirasi dari Abang Abu Mekanik Wang

Kadang-kadang kita dapati adalah sangat susah untuk menyimpan wang. Ada saje alasan untuk kita tidak menyimpan duit. Bila kita dah simpan duit, barulah kita boleh kita laburkannya pada benda yang lebih bermanfaat. Haritu kami ada menghadiri program pengurusan kewangan. Penceramahnya ialah Abang Abu, jutawan Malaysia yang tinggal di Singapura. Dari program yg kami hadiri tu, kami mendapat inspirasi untuk membuat program "Cabaran Menyimpan Wang 2012". Kami khususkan bulan Jun ni adalah bulan menyimpan wang. Jom semua kita sama-sama buat. Benda paling utama yang kita perlukan adalah....Tabung!




Cabaran ini adalah cabaran selama 30 hari. Setiap hari kami akan post kan cabaran dan jika anda mahu anda boleh turut serta sekali. Pada akhir cabaran, kita akan lihat semula berapa banyak duit yang kita berjaya simpan.


Ok kita mulakan..


Cabaran 1: Letakkan tabung di dalam bilik tidur anda berhampiran dengan almari cermin. Setiap kali anda melihat diri anda di cermin, anda perlu memasukkan duit syiling sekurang-kurangnya 5 sen dalam tabung anda. Cabaran bermula sekarang dan berakhir pada hari esok pada pukul 10 malam.


Selamat menyimpan!


Ikhlas,


Zakq innovations