Sunday 3 June 2012

Beli emas atau silver?

Selain emas, terdapat juga perak / silver yang boleh dijadikan alternatif dalam pelaburan logam. Ada yang tertanya-tanya yg mana satu patut dibeli? Emas atau silver?

Jika anda mempunyai modal yang terhad dan perlu memilih antara pelaburan perak / emas, antara perbezaan mudah yang perlu kita tahu antara emas dan silver ialah:

Emas mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding perak
Semestinya harga emas lebih tinggi berbanding perak. Mengapa? Ini adalah kerana emas lebih cantik dan dijadikan sebagai barang kemas yang ekslusif berbanding perak. Kadar kehilangan emas di dunia juga adalah lebih rendah berbanding perak kerana manusia sendiri sangat menghargai nilai emas itu sendiri. Perak pula banyak digunakan dalam industri-industri elektronik dan lain-lain dan perak kurang dihargai di mana peralatan elektronik jika sudah rosak, ia akan dibuang begitu sahaja. (tentu sahaja orang tak buat macam tu kat emas kan..)

Kenaikan harga perak lebih tinggi atau turun lebih rendah berbanding emas.
Kenaikan dan penurunan harga perak adalah kurang stabil berbanding dengan emas. Pelaburan silver adalah pelaburan jangka sederhana panjang atau pelaburan jangka panjang. Jika kita lihat graf kenaikan harga perak, ia akan naik tetapi tempoh lebih lama berbanding emas.

Perak mempunyai nilai kerana kenaikan industri
Disebabkan industri seluruh dunia semakin berkembang dan perak mengalami kehilangan yg agak besar kerana kurangnya kitar semula, harga perak dijangka akan menjadi semakin naik. Malah ada yang menjangkakan harganya akan naik lebih tinggi berbanding harga emas sendiri. Jika diberi pilihan pelaburan, melaburlah sebanyak 30% dalam perak dan 70% dalam emas.

Emas boleh digadaikan untuk menambah modal
Kadar kecairan emas adalah lebih tinggi berbanding perak kerana emas boleh digadaikan jika kita mahu membeli lebih banyak emas. Tetapi perak, sehingga pada waktu ini, ia tidak diterima di pajak gadai. Jadi jika anda ingin menggunakan wang (kesesakan wang), anda perlu menjual perak anda untuk mendapatkan cash..

Diharap dengan perkongsian ini anda akan dapat serba sedikit idea tentang yang mana satu menjadi pilihan anda.

Ikhlas,

Zakq Innovations

No comments:

Post a Comment