Friday 1 June 2012

Emas Pelaburan vs Barang Kemas

Seringkali rakan-rakan saya bertanya, mana yang lebih baik untuk dibuat pelaburan; sama ada emas dlm bentuk jongkong, syiling atau dinar ataupun emas dalam bentuk barang kemas. Ada yang berpendapat, kalau beli emas, lebih baik untuk dipakai dan bukan untuk disimpan sebab rugilah dah beli mahal2 tapi tak dapat pakai. Memang betul lah tu. Lagipun kalau emas yang disimpan ni zakat emasnya agak lebih berbanding emas yg dipakai (saya akan sentuh dalam posting yang lain).


Cuma kita kena ingat, apa tujuan asal kita menyimpan emas dan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari jual beli emas. Keuntungan dikira berdasarkan spread harga beli berbanding harga menjual. Secara amnya, spread harga barang kemas lebih tinggi berbanding spread harga syiling atau dinar atau jongkong emas. Purata spread harganya adalah dalam 20% - 25%. Lagi satu, barang kemas selalunya ada kos upah kecuali jika dinyatakan sebaliknya.


Jadi sebagai contoh, kalau kita beli gelang emas hari ini. Harga emas segram = RM190. Jika gelang tersebut beratnya adalah 30 gram, jadi harga beli kita adalah seperti berikut:


Harga gelang = RM 190 X 30 = RM5700.
Kos upah = RM 100
Jumlah harga gelang = RM 5800.


PS: Kalau kita nego harga gelang emas ni, sebenarnya kita nego harga kos upahnya sahaja. Harga upah ni pulak ikut budi bicara tokei kedai emas itu sendiri.


Tetapi bila kita jual balik emas tu, biasanya susut nilai 20% jadi harga emas segram = RM 152. Jadi kalau kita jual balik emas tu pada hari itu jugak, pengiraannya macam ni:


Harga gelang = RM 152 X 30 = RM4560
Kos upah = tiada
Jumlah harga gelang dijual = RM4560.


So kalau kita nego sikit, dapatla dalam RM4600. Tu pun kalau kita nasib baik. Jadi kita kerugian dalam RM1100 dalam masa satu hari. Tapi macam mana pulak org jual emas boleh dapat untung? Memang boleh dapat dengan syarat dia kena simpan emasnya sekurang2nya setahun, tunggu harga naik sekurangnya lebih dari 25% dengan syarat spread harga jual beli masih lagi dalam 20%. Contohnya kalau harga emas naik 25%, harga jual emas akan jadi macam ni:


Harga emas = ( RM 152 X 25% ) + RM 152
                   = RM 38 + RM 152
                   = RM 190


Harga jual = RM 190 X 30
                = RM 5700. <-- Kita masih rugi RM100 kerana adanya kos upah.


Tetapi, kalau kita beli dinar emas sebagai contoh jika kita beli di Public Gold, susut nilainya adalah 6%.




Cara nak kira susut nilai (sbg contoh dinar) adalah seperti berikut:


Harga beli 1 dinar - Harga jual 1 dinar = RM 718 - RM 675 = RM43
Peratus penurunan harga untuk 1 dinar adalah RM43 / RM 718 X 100 = 5.98% = 6%


Jadi, jika harga emas pada tahun hadapan naik sebanyak 25% dan spread harga masih kekal 6%, harga jual untuk 1 dinar akan jadi seperti berikut:


Harga jual 1 dinar = ( RM 675 X 25 / 100 ) + RM 675
                = RM 843.75 = RM 844


PS: Harga jual di sini adalah merujuk kepada harga kita jual semula kepada Public Gold.
Jadi kita akan mendapat keuntungan untuk satu dinar sebanyak RM 844 - RM 718 = RM 125.75


Oleh itu dah jelaslah yang menyimpan emas pelaburan (dinar, jongkong / syiling) lebih untung berbanding menyimpan barang kemas.


Wallahua'lam.


Ikhlas dari kami,


Zakq Innovations









No comments:

Post a Comment