Friday 8 June 2012

Cabaran menyimpan wang # 3: Buat pilihan yang lebih murah

Seringkali kebocoran wang berlaku akibat daripada pilihan yang kita buat. Hidup kita memang kita akan selalu berhadapan dengan pilihan, tapi dari segi kewangan, pilihan yang salah akan menyebabkan aliran wang kita akan mengalir ke tempat yang salah.


Untuk hari ni, cabarannya adalah bergantung kepada pilihan yang kita buat. Andaikan kita mempunyai bajet RM30 pada hari ini, dan itu sahaja jumlah yang akan kita gunakan pada hari ini. Tidak lebih, kurang tak apa. Hari ini anda akan tumpukan perhatian betul-betul atas apa yang anda beli. Tanya diri sendiri "Adakah saya perlukannya?" sebelum anda membuat sebarang pembelian. Jika jawapannya "Tidak", jangan beli. Jika jawapannya "Ya", soalan seterusnya ialah "Adakah saya boleh mendapatkan barang yang sama pada mutu yang berpatutan tapi pada harga yang lebih rendah?". Jika jawapannya "Ya", tukarlah pilihan anda kepada barang yang lebih murah tersebut. Pada akhir hari ini, anda akan menyimpan baki dari bajet anda dalam tabung cabaran anda. Cubalah sebagai permulaan. InsyaAllah lama-lama ia akan jadi tabiat kita untuk sentiasa sedar dengan apa yang kita beli.

Ikhlas,

Zakq Innovations

No comments:

Post a Comment