Friday 13 July 2012

Cabaran menyimpan wang # 4: Lakukan trip ke bank berhampiran

Bank-bank tempatan seperti Maybank dan CIMB ada menyediakan kemudahan untuk anda mengautomasikan penyimpanan wang anda. Ini dapat dilakukan dengan kaedah "Standing Instruction". Bagi anda yang mempunyai masa banyak, mungkin anda tidak mempunyai masalah untuk pergi ke bank dengan kerap. Tetapi jika masa anda bekerja adalah panjang dan kadangkala perlu bekerja pada hari hujung minggu (seperti saya sekarang), trip ke bank adalah sesuatu yang agak sukar untuk dimasukkan dalam jadual bulanan.

Untuk cabaran ini, anda akan melakukan beberapa benda dalam satu masa di bank, terpulang pada pilihan anda. Tetapi matlamat utama kita untuk cabaran hari ini adalah memindahkan sejumlah wang dari akaun simpanan biasa anda ke akaun simpanan tetap seperti ASB / ASN. Jika anda adalah seorang yang sibuk seperti saya, anda juga boleh mempertimbangkan untuk melakukan "standing instruction" ke akaun-akaun simpanan anda seperti ASB, tabung haji atau pun bank-bank lain. Memang ia akan melibatkan kos tambahan, (jika tak silap saya RM2), tetapi ia adalah amat berbaloi untuk anda dalam memulakan simpanan tetap anda. Simpanan tetap ini kita namakan sebagai "Tabung Kecemasan Saya".

Ikhlas,

Zakq Innovations

Saturday 9 June 2012

Apa itu matawang fiat?

Mungkin ada ramai yang telah mengetahui asal usul kenapa wujudnya wang. Suatu masa dahulu, ketika wang tidak wujud, manusia menjalankan sistem barter untuk memenuhi keperluan hidup. Contohnya jika seseorang yang bernama A menternak kambing dan perlukan beras untuk memasak nasi, A akan mencari sesiapa yang mempunyai beras dan memerlukan kambing untuk bertukar barang dengannya. Jadi jika seseorang yang bernama B mempunyai dua guni beras dan memerlukan kambing untuk dijadikan lauk, baru lah pertukaran yang adil boleh berlaku. Selagi A tidak berjumpa dengan seseorang yang memerlukan kambingnya, A perlu membawa kambingnya ke sana ke mari untuk mencari orang yang berkeinginan sama dengannya. Itu adalah dahulu, di mana hidup manusia adalah lebih mudah dari sekarang. Manusia pada ketika itu hidup sekadar ingin meneruskan hidup sehari-hari dan sukar dicari manusia yang berwawasan dan ingin memperbaiki kehidupannya pada kadae yang lebih baik.

Tetapi apabila zaman berubah, kehendak manusia semakin susah untuk dipenuhi. Jika dikira dengan harga, kambing bernilai lebih kurang RM700 seekor. Bagaimana pertukaran yang adil dapat diberikan jika seseorang bernama C yang menginginkan seekor kambing tetapi tidak mempunyai apa yang pemilik kambing itu mahu? Ini akan menyebabkan pertukaran berlaku berulang-ulang kali sebelum C dapat memiliki kambing tersebut.

Atas sebab itu, wang diwujudkan untuk memudahkan urusan seharian. Pada mulanya wang adalah dalam bentuk wang komoditi, di mana wang itu sendiri mempunyai nilai yang boleh didagangkan. Contohnya wang dinar yang dibuat dari emas.

Namun begitu, atas sebab peristiwa Nixon Shock yang berlaku pada tahun 1971 semasa pemerintahan presiden Nixon di US, wang komoditi telah digantikan dengan penggunaan wang fiat dengan lebih meluas. Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Dengan ertikata mudah, wang fiat hanyalah nilai yang laku atas kertas dan selagi kerajaan sesebuah negara mengesahkan nilai yang tertulis pada wang tersebut.

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah Malaysia menggunakan matawang fiat atau matawang komoditi? Sudah tentunya Malaysia menggunakan matawang fiat. Ingat lagi dengan matawang semasa pemerintahan Jepun di Malaysia iaitu matawang pokok pisang?

Selepas tamat sahaja perang, matawang ini tidak lagi laku di Malaysia. Malah, jika anda ingat, kerajaan telah beberapa kali menamatkan penggunaan syiling atau wang kertas sebagai contoh penggunaan duit kertas RM1 yang lama, RM1 syiling dan syiling satu sen.


Di sini diharap supaya kita jelas apa itu wang fiat. Atas sebab wang fiat itu sendiri adalah nilai yang tercatat atas kertas, kekuatan sesebuah matawang itu banyak ditentukan oleh keadaan ekonomi atau kadar inflasi bagi negara itu sendiri. Kesimpulannya, matawang fiat boleh menyimpan nilai, selagi ia diperakui oleh undang-undang. Namun begitu nilainya adalah didapati semakin berkurangan. Sebagai contoh, jika dahulu sepinggan nasi kosong adalah 60 sen, sekarang sepinggan nasi kosong adalah berharga RM 1.50. Ini adalah bermaksud, jika kita ambil dari pandangan yang mudah, jika kita simpan wang RM 1 pada tahun 2000, anda boleh membeli sepinggan nasi pada tahun 2000. Tetapi pada masa sekarang, RM 1 tersebut telah jatuh nilainya. Anda perlu tambah lebih wang untuk mendapatkan sepinggan nasi yang sama.

Wallahua'lam.

Ikhlas,

Zakq Innovations

Friday 8 June 2012

Cabaran menyimpan wang # 3: Buat pilihan yang lebih murah

Seringkali kebocoran wang berlaku akibat daripada pilihan yang kita buat. Hidup kita memang kita akan selalu berhadapan dengan pilihan, tapi dari segi kewangan, pilihan yang salah akan menyebabkan aliran wang kita akan mengalir ke tempat yang salah.


Untuk hari ni, cabarannya adalah bergantung kepada pilihan yang kita buat. Andaikan kita mempunyai bajet RM30 pada hari ini, dan itu sahaja jumlah yang akan kita gunakan pada hari ini. Tidak lebih, kurang tak apa. Hari ini anda akan tumpukan perhatian betul-betul atas apa yang anda beli. Tanya diri sendiri "Adakah saya perlukannya?" sebelum anda membuat sebarang pembelian. Jika jawapannya "Tidak", jangan beli. Jika jawapannya "Ya", soalan seterusnya ialah "Adakah saya boleh mendapatkan barang yang sama pada mutu yang berpatutan tapi pada harga yang lebih rendah?". Jika jawapannya "Ya", tukarlah pilihan anda kepada barang yang lebih murah tersebut. Pada akhir hari ini, anda akan menyimpan baki dari bajet anda dalam tabung cabaran anda. Cubalah sebagai permulaan. InsyaAllah lama-lama ia akan jadi tabiat kita untuk sentiasa sedar dengan apa yang kita beli.

Ikhlas,

Zakq Innovations

Tuesday 5 June 2012

Cabaran menyimpan wang #2: Simpan lebihan wang belanja harian

Cabaran 2: Simpan lebihan wang belanja harian anda
Untuk cabaran kita pada hari esok, kita perlu menyimpan lebihan wang belanja harian kita. Belanja harian kita selalunya terdiri daripada makan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, belanja pasar, tambang bas dan lain-lain. Sekarang anda tentukan perbelanjaan apa yang anda akan lakukan esok dan berapa budget anda sediakan untuk hari esok. Jika katakan pada hari esok kita budget perbelanjaan dari pagi hingga ke malam dalam RM30, anda perlu set dalam diri anda yang anda haruslah berbelanja kurang dari RM30. Lebihan dari wang tersebut kita akan simpan dalam tabung cabaran kita.

Ikhlas,

Zakq Innovations

Monday 4 June 2012

Cabaran menyimpan wang - inspirasi dari Abang Abu Mekanik Wang

Kadang-kadang kita dapati adalah sangat susah untuk menyimpan wang. Ada saje alasan untuk kita tidak menyimpan duit. Bila kita dah simpan duit, barulah kita boleh kita laburkannya pada benda yang lebih bermanfaat. Haritu kami ada menghadiri program pengurusan kewangan. Penceramahnya ialah Abang Abu, jutawan Malaysia yang tinggal di Singapura. Dari program yg kami hadiri tu, kami mendapat inspirasi untuk membuat program "Cabaran Menyimpan Wang 2012". Kami khususkan bulan Jun ni adalah bulan menyimpan wang. Jom semua kita sama-sama buat. Benda paling utama yang kita perlukan adalah....Tabung!




Cabaran ini adalah cabaran selama 30 hari. Setiap hari kami akan post kan cabaran dan jika anda mahu anda boleh turut serta sekali. Pada akhir cabaran, kita akan lihat semula berapa banyak duit yang kita berjaya simpan.


Ok kita mulakan..


Cabaran 1: Letakkan tabung di dalam bilik tidur anda berhampiran dengan almari cermin. Setiap kali anda melihat diri anda di cermin, anda perlu memasukkan duit syiling sekurang-kurangnya 5 sen dalam tabung anda. Cabaran bermula sekarang dan berakhir pada hari esok pada pukul 10 malam.


Selamat menyimpan!


Ikhlas,


Zakq innovations

Sunday 3 June 2012

Beli emas atau silver?

Selain emas, terdapat juga perak / silver yang boleh dijadikan alternatif dalam pelaburan logam. Ada yang tertanya-tanya yg mana satu patut dibeli? Emas atau silver?

Jika anda mempunyai modal yang terhad dan perlu memilih antara pelaburan perak / emas, antara perbezaan mudah yang perlu kita tahu antara emas dan silver ialah:

Emas mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding perak
Semestinya harga emas lebih tinggi berbanding perak. Mengapa? Ini adalah kerana emas lebih cantik dan dijadikan sebagai barang kemas yang ekslusif berbanding perak. Kadar kehilangan emas di dunia juga adalah lebih rendah berbanding perak kerana manusia sendiri sangat menghargai nilai emas itu sendiri. Perak pula banyak digunakan dalam industri-industri elektronik dan lain-lain dan perak kurang dihargai di mana peralatan elektronik jika sudah rosak, ia akan dibuang begitu sahaja. (tentu sahaja orang tak buat macam tu kat emas kan..)

Kenaikan harga perak lebih tinggi atau turun lebih rendah berbanding emas.
Kenaikan dan penurunan harga perak adalah kurang stabil berbanding dengan emas. Pelaburan silver adalah pelaburan jangka sederhana panjang atau pelaburan jangka panjang. Jika kita lihat graf kenaikan harga perak, ia akan naik tetapi tempoh lebih lama berbanding emas.

Perak mempunyai nilai kerana kenaikan industri
Disebabkan industri seluruh dunia semakin berkembang dan perak mengalami kehilangan yg agak besar kerana kurangnya kitar semula, harga perak dijangka akan menjadi semakin naik. Malah ada yang menjangkakan harganya akan naik lebih tinggi berbanding harga emas sendiri. Jika diberi pilihan pelaburan, melaburlah sebanyak 30% dalam perak dan 70% dalam emas.

Emas boleh digadaikan untuk menambah modal
Kadar kecairan emas adalah lebih tinggi berbanding perak kerana emas boleh digadaikan jika kita mahu membeli lebih banyak emas. Tetapi perak, sehingga pada waktu ini, ia tidak diterima di pajak gadai. Jadi jika anda ingin menggunakan wang (kesesakan wang), anda perlu menjual perak anda untuk mendapatkan cash..

Diharap dengan perkongsian ini anda akan dapat serba sedikit idea tentang yang mana satu menjadi pilihan anda.

Ikhlas,

Zakq Innovations

Hi Goat Susu Kambing - free delivery in Lembah Klang area

Hi Goat Susu Kambing


Testimoni dari saya sendiri sebagai pengguna Hi-Goat : Saya telah mengamalkan meminum susu kambing semenjak hamil 8 bulan sehingga sekarang. Alhamdulillah, dengan izin Allah, anak yang dilahirkan tak kena penyakit kuning langsung dan beratnya 3.76 kg. Saya juga pada ketika itu masih lagi menyusukan anak pertama saya sehinggalah kandungan saya berusia 9 bulan. Tapi dengan meminum susu kambing, saya dapat menghilangkan kelesuan dan keletihan akibat menyusukan anak semasa mengandung. Saya juga mengalami masalah gastrik yang agak teruk ketika mengandung di mana doktor menasihatkan saya supaya tidak boleh memakan cili langsung dan minum kopi atau teh. Jika tidak, saya akan mengalami masalah sakit ulu hati dan angin yang mengganggu kesihatan saya. Sekarang setelah mengamalkan meminum susu kambing setiap hari, alhamdulillah saya dah boleh makan pedas semula dan minum kopi atau teh tanpa rasa angin.


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Hi Goat susu kambing, anda boleh mendapatkannya dari kedai di sekitar Giant atau kedai jamu; ataupun anda boleh order dari saya jika anda berada di sekitar kawasan Lembah Kelang.


Penghantaran ke rumah / pejabat anda adalah percuma. Untuk order sila emailkan kepada email kami zakq.innovations@gmail.com.


Ikhlas,


Zakq Innovations

Friday 1 June 2012

Emas Pelaburan vs Barang Kemas

Seringkali rakan-rakan saya bertanya, mana yang lebih baik untuk dibuat pelaburan; sama ada emas dlm bentuk jongkong, syiling atau dinar ataupun emas dalam bentuk barang kemas. Ada yang berpendapat, kalau beli emas, lebih baik untuk dipakai dan bukan untuk disimpan sebab rugilah dah beli mahal2 tapi tak dapat pakai. Memang betul lah tu. Lagipun kalau emas yang disimpan ni zakat emasnya agak lebih berbanding emas yg dipakai (saya akan sentuh dalam posting yang lain).


Cuma kita kena ingat, apa tujuan asal kita menyimpan emas dan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari jual beli emas. Keuntungan dikira berdasarkan spread harga beli berbanding harga menjual. Secara amnya, spread harga barang kemas lebih tinggi berbanding spread harga syiling atau dinar atau jongkong emas. Purata spread harganya adalah dalam 20% - 25%. Lagi satu, barang kemas selalunya ada kos upah kecuali jika dinyatakan sebaliknya.


Jadi sebagai contoh, kalau kita beli gelang emas hari ini. Harga emas segram = RM190. Jika gelang tersebut beratnya adalah 30 gram, jadi harga beli kita adalah seperti berikut:


Harga gelang = RM 190 X 30 = RM5700.
Kos upah = RM 100
Jumlah harga gelang = RM 5800.


PS: Kalau kita nego harga gelang emas ni, sebenarnya kita nego harga kos upahnya sahaja. Harga upah ni pulak ikut budi bicara tokei kedai emas itu sendiri.


Tetapi bila kita jual balik emas tu, biasanya susut nilai 20% jadi harga emas segram = RM 152. Jadi kalau kita jual balik emas tu pada hari itu jugak, pengiraannya macam ni:


Harga gelang = RM 152 X 30 = RM4560
Kos upah = tiada
Jumlah harga gelang dijual = RM4560.


So kalau kita nego sikit, dapatla dalam RM4600. Tu pun kalau kita nasib baik. Jadi kita kerugian dalam RM1100 dalam masa satu hari. Tapi macam mana pulak org jual emas boleh dapat untung? Memang boleh dapat dengan syarat dia kena simpan emasnya sekurang2nya setahun, tunggu harga naik sekurangnya lebih dari 25% dengan syarat spread harga jual beli masih lagi dalam 20%. Contohnya kalau harga emas naik 25%, harga jual emas akan jadi macam ni:


Harga emas = ( RM 152 X 25% ) + RM 152
                   = RM 38 + RM 152
                   = RM 190


Harga jual = RM 190 X 30
                = RM 5700. <-- Kita masih rugi RM100 kerana adanya kos upah.


Tetapi, kalau kita beli dinar emas sebagai contoh jika kita beli di Public Gold, susut nilainya adalah 6%.




Cara nak kira susut nilai (sbg contoh dinar) adalah seperti berikut:


Harga beli 1 dinar - Harga jual 1 dinar = RM 718 - RM 675 = RM43
Peratus penurunan harga untuk 1 dinar adalah RM43 / RM 718 X 100 = 5.98% = 6%


Jadi, jika harga emas pada tahun hadapan naik sebanyak 25% dan spread harga masih kekal 6%, harga jual untuk 1 dinar akan jadi seperti berikut:


Harga jual 1 dinar = ( RM 675 X 25 / 100 ) + RM 675
                = RM 843.75 = RM 844


PS: Harga jual di sini adalah merujuk kepada harga kita jual semula kepada Public Gold.
Jadi kita akan mendapat keuntungan untuk satu dinar sebanyak RM 844 - RM 718 = RM 125.75


Oleh itu dah jelaslah yang menyimpan emas pelaburan (dinar, jongkong / syiling) lebih untung berbanding menyimpan barang kemas.


Wallahua'lam.


Ikhlas dari kami,


Zakq Innovations









Keistimewaan Emas

Terdapat banyak keistimewaan mengapa kita perlu menyimpan emas. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:


Emas diiktiraf sebagai benda yang berharga

Sejak berkurun-kurun lamanya manusia memandang emas sebagai suatu objek yg sangat berharga. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu pun medium pertukaran atau matawang pada ketika itu adalah dinar emas. Ada kisah yg menyebut tentang Rasulullah dan sahabat membeli kambing menggunakan dinar emas. Malah terdapat hadith yg berbunyi seperti berikut:


Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Daif.

 

Tidak ada had dan sempadan masa

Semasa perang di Vietnam dahulu, pelarian-pelarian Vietnam telah meninggalkan negara mereka sehelai sepinggang. Harta yang mereka bawa bersama ketika itu adalah emas-emas mereka; kerana mereka tahu dgn emas mereka boleh memulakan hidup baru di negara persinggahan mereka. Jadi sebagai persediaan, kita pun patut simpan sedikit emas di waktu yg kecemasan (nauzubillah harap dijauhkan daripada terjadi lagi di negara kita) kerana bukan sahaja emas laku di mana2 malah ia mudah dibawa jika nak dibandingkan dgn hartanah2 milik kita.

Emas Vietnam

Nilai yang terpelihara

Emas adalah logam yang masih tinggi nilainya pada hari ini kerana emas itu sendiri tidak boleh dicipta melalui proses2 kimia dan sebagainya. Emas hanyalah di lombong dan ianya sukar diperolehi. Walau emas itu telah patah, terpotong, menjadi hablur emas sekalipun, ia tetap bernilai. Ini adalah amat berbeza dengan wang ringgit kita. Kalau duit kita dah diricih halus, tentunya ia tak diterima pakai di mana2 kedai di Malaysia! Begitu juga dgn kesan inflasi. Emas adalah amat kalis inflasi. Jika pada zaman Rasulullah dahulu, harga kambing adalah satu dinar, waktu sekarang juga kita boleh membeli kambing pada harga satu dinar. Ada beberapa ladang kambing yang menawarkan harga tersebut.

Pelaburan risiko rendah jangka panjang

Pelaburan emas adalah dianggap berisiko rendah dan memberi pulangan yang menarik dalam jangka masa panjang. Kenapa ianya berisiko rendah? Kerana ianya sentiasa berharga sepanjang zaman dengan syarat; anda memegang emas fizikal. Jika anda membeli emas melalui buku pelaburan emas, memang harganya lebih murah. Tetapi, anda mempunyai risiko jika harga emas jatuh, anda tidak boleh berbuat apa2 samada memajak emas anda atau menjualnya kerana anda mungkin mengalami kerugian. Sepanjang 20 tahun ini juga menunjukkan walaupun harga emas jika kita lihat dari bulan ke bulan mengalami turun naik, tetapi jika kita lihat dalam tempoh setahun, harga emas selalunya naik 20% daripada harga pada tahun sebelumnya. Jika pun harga emas mengalami penurunan, ia tidak akan mencecah nilai sehingga RM1 segram..harganya adalah stabil dalam lingkungan 700 - 800 pada tahun 2012.

Ok setakat itu sahaja entry saya tentang pelaburan emas. Jika nak diikutkan banyak lagi kelebihannya tapi cukuplah dengan point2 yg diberikan dah terbukti yang emas memang logam yg amat istimewa dan berbaloi untuk kita menyimpannya.


Ikhlas dari kami,


Zakq Innovations

Pengenalan

Zakq Innovations adalah medium untuk kami berkongsi tentang maklumat-maklumat tentang emas, pelaburan dan produk2 bisnes kami. Dengan adanya laman web ini, kami berharap agar anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang produk dan info yang kebanyakannya kami jual secara terus kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kami. Di sini segala persoalan tentang produk, kami akan cuba jawab dengan sebaiknya di samping info2 tambahan yang dapat memberi manfaat kepada anda.


Produk-produk kami adalah pelbagai. Kami adalah agen / dealer yang sah untuk produk-produk berikut:
1) Public Gold - Dealer code PG021806
2) Jam tangan gred AAA
3) Barangan Hi-Goat
4) Barangan HPA


Kebanyakan testimoni kami adalah datang dari kami sendiri atau rakan dan ahli keluarga terdekat dengan bertujuan untuk anda menilai sendiri keberkesanan / kualiti produk2 terbabit, insyaAllah..


Ikhlas dari kami,


Zakq Innovations