Seringkali rakan-rakan saya bertanya, mana yang lebih baik untuk dibuat pelaburan; sama ada emas dlm bentuk jongkong, syiling atau dinar ataupun emas dalam bentuk barang kemas. Ada yang berpendapat, kalau beli emas, lebih baik untuk dipakai dan bukan untuk disimpan sebab rugilah dah beli mahal2 tapi tak dapat pakai. Memang betul lah tu. Lagipun kalau emas yang disimpan ni zakat emasnya agak lebih berbanding emas yg dipakai (saya akan sentuh dalam posting yang lain).
Cuma kita kena ingat, apa tujuan asal kita menyimpan emas dan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari jual beli emas. Keuntungan dikira berdasarkan spread harga beli berbanding harga menjual. Secara amnya, spread harga barang kemas lebih tinggi berbanding spread harga syiling atau dinar atau jongkong emas. Purata spread harganya adalah dalam 20% - 25%. Lagi satu, barang kemas selalunya ada kos upah kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
Jadi sebagai contoh, kalau kita beli gelang emas hari ini. Harga emas segram = RM190. Jika gelang tersebut beratnya adalah 30 gram, jadi harga beli kita adalah seperti berikut:
Harga gelang = RM 190 X 30 = RM5700.
Kos upah = RM 100
Jumlah harga gelang = RM 5800.
PS: Kalau kita nego harga gelang emas ni, sebenarnya kita nego harga kos upahnya sahaja. Harga upah ni pulak ikut budi bicara tokei kedai emas itu sendiri.
Tetapi bila kita jual balik emas tu, biasanya susut nilai 20% jadi harga emas segram = RM 152. Jadi kalau kita jual balik emas tu pada hari itu jugak, pengiraannya macam ni:
Harga gelang = RM 152 X 30 = RM4560
Kos upah = tiada
Jumlah harga gelang dijual = RM4560.
So kalau kita nego sikit, dapatla dalam RM4600. Tu pun kalau kita nasib baik. Jadi kita kerugian dalam RM1100 dalam masa satu hari. Tapi macam mana pulak org jual emas boleh dapat untung? Memang boleh dapat dengan syarat dia kena simpan emasnya sekurang2nya setahun, tunggu harga naik sekurangnya lebih dari 25% dengan syarat spread harga jual beli masih lagi dalam 20%. Contohnya kalau harga emas naik 25%, harga jual emas akan jadi macam ni:
Harga emas = ( RM 152 X 25% ) + RM 152
= RM 38 + RM 152
= RM 190
Harga jual = RM 190 X 30
= RM 5700. <-- Kita masih rugi RM100 kerana adanya kos upah.
Tetapi, kalau kita beli dinar emas sebagai contoh jika kita beli di Public Gold, susut nilainya adalah 6%.
Cara nak kira susut nilai (sbg contoh dinar) adalah seperti berikut:
Harga beli 1 dinar - Harga jual 1 dinar = RM 718 - RM 675 = RM43
Peratus penurunan harga untuk 1 dinar adalah RM43 / RM 718 X 100 = 5.98% = 6%
Jadi, jika harga emas pada tahun hadapan naik sebanyak 25% dan spread harga masih kekal 6%, harga jual untuk 1 dinar akan jadi seperti berikut:
Harga jual 1 dinar = ( RM 675 X 25 / 100 ) + RM 675
= RM 843.75 = RM 844
PS: Harga jual di sini adalah merujuk kepada harga kita jual semula kepada Public Gold.
Jadi kita akan mendapat keuntungan untuk satu dinar sebanyak RM 844 - RM 718 = RM 125.75
Oleh itu dah jelaslah yang menyimpan emas pelaburan (dinar, jongkong / syiling) lebih untung berbanding menyimpan barang kemas.
Wallahua'lam.
Ikhlas dari kami,
Zakq Innovations
Friday, 1 June 2012
Keistimewaan Emas
Terdapat banyak keistimewaan mengapa kita perlu menyimpan emas. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
Emas diiktiraf sebagai benda yang berharga
Sejak berkurun-kurun lamanya manusia memandang emas sebagai suatu objek yg sangat berharga. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu pun medium pertukaran atau matawang pada ketika itu adalah dinar emas. Ada kisah yg menyebut tentang Rasulullah dan sahabat membeli kambing menggunakan dinar emas. Malah terdapat hadith yg berbunyi seperti berikut:Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) Hadith Daif.
Tidak ada had dan sempadan masa
Semasa perang di Vietnam dahulu, pelarian-pelarian Vietnam telah meninggalkan negara mereka sehelai sepinggang. Harta yang mereka bawa bersama ketika itu adalah emas-emas mereka; kerana mereka tahu dgn emas mereka boleh memulakan hidup baru di negara persinggahan mereka. Jadi sebagai persediaan, kita pun patut simpan sedikit emas di waktu yg kecemasan (nauzubillah harap dijauhkan daripada terjadi lagi di negara kita) kerana bukan sahaja emas laku di mana2 malah ia mudah dibawa jika nak dibandingkan dgn hartanah2 milik kita.
Nilai yang terpelihara
Emas adalah logam yang masih tinggi nilainya pada hari ini kerana emas itu sendiri tidak boleh dicipta melalui proses2 kimia dan sebagainya. Emas hanyalah di lombong dan ianya sukar diperolehi. Walau emas itu telah patah, terpotong, menjadi hablur emas sekalipun, ia tetap bernilai. Ini adalah amat berbeza dengan wang ringgit kita. Kalau duit kita dah diricih halus, tentunya ia tak diterima pakai di mana2 kedai di Malaysia! Begitu juga dgn kesan inflasi. Emas adalah amat kalis inflasi. Jika pada zaman Rasulullah dahulu, harga kambing adalah satu dinar, waktu sekarang juga kita boleh membeli kambing pada harga satu dinar. Ada beberapa ladang kambing yang menawarkan harga tersebut.
Pelaburan risiko rendah jangka panjang
Pelaburan emas adalah dianggap berisiko rendah dan memberi pulangan yang menarik dalam jangka masa panjang. Kenapa ianya berisiko rendah? Kerana ianya sentiasa berharga sepanjang zaman dengan syarat; anda memegang emas fizikal. Jika anda membeli emas melalui buku pelaburan emas, memang harganya lebih murah. Tetapi, anda mempunyai risiko jika harga emas jatuh, anda tidak boleh berbuat apa2 samada memajak emas anda atau menjualnya kerana anda mungkin mengalami kerugian. Sepanjang 20 tahun ini juga menunjukkan walaupun harga emas jika kita lihat dari bulan ke bulan mengalami turun naik, tetapi jika kita lihat dalam tempoh setahun, harga emas selalunya naik 20% daripada harga pada tahun sebelumnya. Jika pun harga emas mengalami penurunan, ia tidak akan mencecah nilai sehingga RM1 segram..harganya adalah stabil dalam lingkungan 700 - 800 pada tahun 2012.
Ok setakat itu sahaja entry saya tentang pelaburan emas. Jika nak diikutkan banyak lagi kelebihannya tapi cukuplah dengan point2 yg diberikan dah terbukti yang emas memang logam yg amat istimewa dan berbaloi untuk kita menyimpannya.
Ikhlas dari kami,
Zakq Innovations
Ikhlas dari kami,
Zakq Innovations
Pengenalan
Zakq Innovations adalah medium untuk kami berkongsi tentang maklumat-maklumat tentang emas, pelaburan dan produk2 bisnes kami. Dengan adanya laman web ini, kami berharap agar anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang produk dan info yang kebanyakannya kami jual secara terus kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kami. Di sini segala persoalan tentang produk, kami akan cuba jawab dengan sebaiknya di samping info2 tambahan yang dapat memberi manfaat kepada anda.
Produk-produk kami adalah pelbagai. Kami adalah agen / dealer yang sah untuk produk-produk berikut:
1) Public Gold - Dealer code PG021806
2) Jam tangan gred AAA
3) Barangan Hi-Goat
4) Barangan HPA
Kebanyakan testimoni kami adalah datang dari kami sendiri atau rakan dan ahli keluarga terdekat dengan bertujuan untuk anda menilai sendiri keberkesanan / kualiti produk2 terbabit, insyaAllah..
Ikhlas dari kami,
Zakq Innovations
Produk-produk kami adalah pelbagai. Kami adalah agen / dealer yang sah untuk produk-produk berikut:
1) Public Gold - Dealer code PG021806
2) Jam tangan gred AAA
3) Barangan Hi-Goat
4) Barangan HPA
Kebanyakan testimoni kami adalah datang dari kami sendiri atau rakan dan ahli keluarga terdekat dengan bertujuan untuk anda menilai sendiri keberkesanan / kualiti produk2 terbabit, insyaAllah..
Ikhlas dari kami,
Zakq Innovations
Subscribe to:
Posts (Atom)
